Sunday, May 5, 2013

Juruterbang benar pramugari kendali pesawat



 
New Delhi: Seorang juruterbang penerbangan Air India digantung tugas berikutan dakwaan beliau dan pembantunya meletakkan nyawa 160 penumpang dalam bahaya dengan membiarkan dua pramugari mengendalikan pesawat ketika mereka tidur di kerusi kelas perniagaan.

Mereka terpaksa kembali ke kokpit 40 minit kemudian apabila pramugari berkenaan secara tidak sengaja menutup suis penerbangan automatik pesawat itu.

Kejadian itu didakwa berlaku pada ketinggian 10,058 meter ketika penerbangan Air India dari Bangkok ke New Delhi bulan lalu.

Juruterbang mabuk

Awal tahun ini, juruterbang Indian Airlines didapati mabuk sejurus sebelum beliau dijadualkan menerbangkan pesawat penumpang. Pada 2010, sebilangan juruterbang India didapati mempunyai lesen palsu, manakala Mac lalu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan India antara 13 negara mempunyai rekod keselamatan udara paling buruk di dunia.

Menurut aduan terbaru, pembantu juruterbang Air India meminta seorang pramugari duduk di kerusinya ketika beliau ke bilik air, dan sejurus selepas juruterbang meminta seorang lagi pramugari mengambil alih tempatnya ketika beliau meninggalkan kokpit untuk tidur. - Agensi

No comments:

Post a Comment