Sunday, May 5, 2013

PRU-13 tidak ganggu Jehan, Julie bernikah




JEHAN (kanan) bersama isterinya, Julie pada majlis pernikahan mereka di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Pelakon terkenal, Jehan Miskin selamat diijabkabulkan dengan seorang wanita Korea, Julie Camelia Rhee pada satu majlis ringkas di Carcosa Seri Negara di sini semalam.
Jehan yang pada mulanya bimbang mengenai majlis tersebut mungkin terganggu jika ketiadaan jurunikah kerana diadakan sehari sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), bagaimanapun menarik nafas lega kerana majlis pernikahannya berjalan seperti yang dirancang.
Jehan dan Julie dinikahkan pada pukul 2.40 petang oleh Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan, Mohd. Sahirman Ahmad.
“Pada mulanya, saya bimbang sebab sukar untuk mendapatkan khidmat jurunikah kerana banyak pihak balik kampung mengundi atau berkempen tetapi syukur semuanya berjalan lancar,” katanya ketika ditemui semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0505&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2SN1yBwEf 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment