Sunday, May 5, 2013

Penguat kuasa diarah turun berat badan

Penguat kuasa diarah turun berat badan
Pegawai penguat kuasa Satpol PP, menjalani sesi latihan di Monas, Jakarta Pusat bagi memastikan mereka kekal cergas. 

Gesaan Timbalan Gabenor Jakarta mahu khidmat anggota Satpol PP lebih baik

Jakarta: Timbalan Gabenor ibu kota ini, Basuki Tjahaja Purnama, menggesa anggota penguatkuasa yang gemuk supaya menurunkan berat badan sebagai sebahagian daripada cara bagi membolehkan mereka berkhidmat lebih baik.
Pegawai di Agensi Arahan Awam (Satpol PP) perlu lebih bersenam dan mengurangkan pengambilan karbohidrat, kata Basuki.

Satpol PP tidak akan berkompromi dengan mereka yang melanggar undang-undang” Basuki Tjahaja Purnama, Timbalan Gabenor Jakarta

“Selain lebih berjoging, kurangkan makan nasi.

Perlu kerap berjoging

“Jika tidak, bagaimana anda mengejar mereka dengan tubuh gempal seperti itu? Mereka yang buncit perlu berjoging lebih kerap,” kata Basuki pada sidang media di Monas di Jakarta Pusat Selasa lalu.

Ketua Satpol PP ibu kota ini, Kukuh Hadisantoso, berkata beliau bersedia mematuhi arahan Basuki dan akan melancarkan satu program latihan untuk kakitangan yang gemuk.
“Saya bersedia menjalankan arahan timbalan gabenor. Kami akan segera membantu kakitangan Satpol PP mencapai berat badan ideal supaya lebih mudah melakukan tugas,” kata Kukuh.

Ulasan Basuki itu sebagai sebahagian satu gesaan menyeluruh buat pegawai untuk menguat kuasa undang-undang secara perikemanusiaan.

Tangani masalah peniaga

Basuki menggesa mereka mencari jalan lebih berkesan menangani masalah pelanggaran undang-undang berterusan dan cabaran lain seperti peniaga jalanan yang menyalahi undang-undang.

“Satpol PP perlu tegas. Kami tidak akan berkompromi dengan mereka yang melanggar undang-undang,” katanya.

Satu daripada kaedah penyelesaiannya ialah dengan mengenal pasti kawasan yang kerap digunakan oleh peniaga jalanan supaya pihak pihak pentadbiran boleh membeli tanah dan dijadikan kawasan perniagaan.

“Bagi peniaga kecil, matlamat mereka mudah saja. Mereka mahu berada di kawasan ramai orang dan lokasi terbaik ialah di jalanan kerana tempat orang ramai lalu lalang. - AGENSI

No comments:

Post a Comment