Friday, May 10, 2013

Menghasut: Polis mungkin panggil Anwar - Ketua Polis Negara


KUALA TERENGGANU 10 Mei - Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membantu siasatan berhubung tindakan pemimpin pembangkang itu yang dipercayai menyampaikan ceramah berbaur hasutan dalam perhimpunan di Kelana Jaya, Selangor kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sekiranya tindakan Anwar menyertai himpunan itu dikhuatiri boleh mengancam perpaduan dan keselamatan negara, ketua pembangkang itu perlu dipanggil untuk membantu siasatan.
Beliau seterusnya menegaskan, polis tidak akan teragak-agak bertindak termasuk memanggil sesiapa saja atau mana-mana individu yang dikesan dapat membantu siasatan.
"Sesiapa juga yang kita percaya boleh bantu siasatan, kita akan panggil, tak kira siapa," katanya kepada pemberita selepas melawat Supritendan Ghazali Daud di Hospital Pakar Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130510/dn_17/Menghasut-Polis-mungkin-panggil-Anwar---Ketua-Polis-Negara#ixzz2SsYhbvQP
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment