Friday, May 10, 2013

Selatan Thailand masih terus bergolak



Pasukan pemusnah bom Thailand memeriksa kawasan letupan di tepi jalan yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan di Yala, kelmarin. - AFP
YALA 9 Mei - Empat anggota polis dan dua penduduk awam cedera dalam satu insiden letupan bom di tepi jalan di Ban Niang-Yaha di daerah Muang, pada awal pagi ini.
Menurut polis, kesemua mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Letupan itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan.
Di Pattani, satu letupan berlaku di belakang sebuah tadika di daerah Yaring.
Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Menurut polis, letupan itu berlaku pada pukul 7.30 pagi ini selepas pasukan polis peronda melintasi kawasan tadika tersebut.
Polis percaya bom itu diletakkan pada sebatang pokok di kawasan belakang tadika tersebut.
Satu laporan menyebut Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra bakal mengadakan mesyuarat tergempar berhubung situasi yang bergolak di selatan Thailand. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130510/lu_03/Selatan-Thailand-masih-terus-bergolak#ixzz2Spvi3qiV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment