Friday, May 10, 2013

SMS fitnah: Salahudin minta penjelasan Celcom



Anis Nazri, 10 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menggesa syarikat telekomunikasi, Celcom memberi penjelasan berhubung penggunaan nombor telefon beliau oleh pihak tertentu yang menyebarkan sms berbaur perkauman.

Tambah Salahuddin, beliau dimaklumkan oleh Suruhanjaya dan Multimedia Malaysia (SKMM) bahawa bukan calang-calang orang yang boleh melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.

"Saya gesa Celcom untuk memberi penjelasan bagaimana nombor saya boleh digunakan oleh pihak tertentu untuk menyebarkan sms berbaur perkauman, kelmarin, sedangkan ia bukan daripada saya," kata beliau pada satu sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Sehubungan itu, Salahuddin turut membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu, tengah malam tadi sejurus beliau selesai berceramah di Kota Bharu.

Beliau turut dipanggil untuk memberikan keterangan kira-kira setengah jam oleh pihak polis pagi tadi, dan dalam masa sama menggesa polis segera membuat siasatan berhubung kes itu.

Kelmarin, Salahuddin menerima sms dari beberapa nombor yang memarahi beliau ekoran kononnya beliau menyebarkan sms berbaur hasutan dan perkauman melalui nombor telefon bimbitnya.

Sms itu berbunyi 'cina telah cuba tolak kuasa Melayu tetapi gagal. Chinese are not the king maker. Sekarang masa melayu bersatu untuk ajar cina, sebarkan.'

Bagaimanapun Salahuddin menafikan sms itu dihantar oleh pihaknya dan meminta Celcom untuk menghentikan khidmat panggilan keluar dari telefon bimbitnya buat sementara waktu.

Selain Salahuddin, turut menjadi mangsa ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dikatakan menyebar mesej "mampus melayu...hidup cina.."

Beliau dikatakan akan membuat laporan polis berhubung kes itu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/19150-sms-fitnah-salahudin-minta-penjelasan-celcom#.UYz6m0p1F8F

No comments:

Post a Comment