Sunday, May 12, 2013

Tsu Koon letak jawatan sebagai Presiden Gerakan






KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (gambar) mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden Gerakan berkuat kuasa 16 Mei ini.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat kerana beliau rasa bertanggungjawab atas kekalahan teruk parti berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 Ahad lalu.
Katanya, beliau telah memaklumkan keputusan melepaskan jawatan tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan memberi laluan kepada parti untuk memulakan proses pembaharuan melalui pemilihan jawatankuasa baharu pada masa akan datang.
“Pada PRU-13 Gerakan hanya memenangi satu kerusi Parlimen di Simpang Renggam daripada 11 kerusi yang dipertandingkan.
“Selain itu, kami menang tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pemanis di Johor dan Tanjong Papat serta Elopura di Sabah, daripada 31 kerusi yang dipertandingkan,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti Gerakan di sini semalam.
Berkenaan dengan penyertaan wakil parti itu dalam kerajaan Persekutuan, Tsu Koon berkata, pihaknya berpendirian untuk tidak menerima sebarang jawatan dalam Kabinet.
Bagaimanapun, katanya, pemimpin Gerakan masih boleh memegang jawatan di peringkat negeri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0512&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2T1b4FG12 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment