Tuesday, June 4, 2013

34 penulis blog rancang demo


Singapura: Penulis blog Singapura merancang satu perhimpunan dan ‘Internet Blackout’ minggu ini bagi membantah undang-undang baru yang kontroversi dikatakan mereka akan menyekat kebebasan bersuara, kata penganjur semalam.

Gabungan 34 penulis blog terkemuka bergelar ‘Bebaskan Internet Saya’ akan melancarkan perhimpunan itu pada Sabtu, seminggu selepas undang-undang mengejutkan itu berkuatkuasa pada 1 Jun lalu mensyaratkan laman web baru termasuk dioperasikan Yahoo berpangkalan di Asagar mendapatkan lesen daripada pentadbir rasmi media negara itu.


Penulis blog berkenaan juga akan menggantikan laman web mereka dengan skrin hitam memaparkan kata-kata #Freemyinternet selama 24 jam pada Khamis.

“Ada keperluan untuk melakukan bantahan fizikal ini kerana banyak dialog dengan kerajaan sejak lima tahun lalu mengenai liberalisasi dan pembatalan pengawalan Internet sebenarnya diakhiri secara bertentangan,” kata jurucakap kumpulan itu Choo Zheng Xi. - AFP

No comments:

Post a Comment