Saturday, June 8, 2013

AS intip guna internet

AS intip guna internetWashington: Agensi perisikan Amerika Syarikat melakukan intipan ke atas sembilan pelayan gergasi internet termasuk Apple, Facebook, Microsoft dan Google dalam satu program anti-pengganas besar-besaran menyasarkan rakyat asing, kata laporan semalam.

Pengarah Perisikan Kebangsaan, James Clapper bagaimanapun mengemukakan bantahan terhadap pendedahan itu dan memberi amaran pendedahan mengenai satu lagi program mengumpul rekod telefon boleh menjejaskan keselamatan Amerika Syarikat.
Demi keselamatan negara


Rumah Putih yang berhadapan kontroversi berikutan skala dan skop program pemantauan sulit bagaimanapun menafikan kerajaan mengintip rakyat negaranya sebaliknya menegaskan mereka perlu menggunakan apa juga kaedah yang ada untuk memastikan keselamatan negara.

Washington Post yang memetik seorang pegawai risikan, berkata Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) mempunyai akses secara terus ke atas firma pelayan internet untuk menjejaki kehadiran individu melalui audio, video, gambar dan e-mel.

Beberapa firma besar di Lembah Silikon yang terbabit dalam program dikenali sebagai PRISM itu termasuk Microsoft, Yahoo, Google, Facebook, Appel, PalTalk, AOL, Skype dan YouTube, kata laporan terbabit.

Akhbar itu berkata, kebocoran daripada pegawai risikan yang terbabit dalam sistem ini menjejaskan keupayaan mereka.
“Mereka hampir boleh melihat bentuk idea anda ketika anda menaip,” kata pegawai terbabit.

Gergasi internet berkenaan bagaimanapun menafikan mereka sengaja membuka pintu kepada agensi risikan Amerika Syarikat.

“Kami tidak pernah mendengar PRISM,” kata jurucakap Apple, Steve Dowling.

Tiada akses terus

“Kami tidak memberikan mana-mana agensi kerajaan akses secara terus kepada pelayan kami dan sebarang agensi kerajaan yang mahukan data pelanggan perlu mendapatkannya melalui satu perintah mahkamah.”

Ketua pegawai keselamatan Facebook, Joe Sullivan berkata rangkaian sosial besar itu tidak memberikan sebarang akses kepada pertubuhan kerajaan.

Google dan Microsoft juga berkata, mereka hanya mendedahkan apa yang dituntut mengikut undang-undang. - AFP

No comments:

Post a Comment