Saturday, June 8, 2013

Lebih 10,000 kematian akibat tabiat merokok setahun


MACHANG 8 Jun - Tabiat merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian di negara ini setiap tahun, kata Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Maher.
Beliau berkata pada tahun 2011, sejumlah 11,056 kematian yang berpunca daripada penggunaan produk tembakau dicatat di hospital kerajaan.
Katanya Tinjauan Kesihatan Kebangsaan melalui Global Audit Tabacco Survey Malaysia 2011 menunjukkan kadar merokok dalam kalangan dewasa di negara ini adalah 23 peratus iaitu lebih empat juta perokok.
Beliau berkata demikian berucap di majlis perasmian sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2013 peringkat Negeri Kelantan di Kampung Kemunchup Luar di sini hari ini oleh Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaacub.
Dr Ahmad Razin berkata sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia adalah penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya tembakau dan perlu kepada pengawalan bagi mencegah tabiat merokok.
Katanya kempen berterusan perlu diadakan bagi menyedarkan masyarakat mengenai risiko merokok dan kepada perokok pasif. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130608/dn_31/Lebih-10000-kematian-akibat-tabiat-merokok-setahun#ixzz2Vd8lu7dd
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment