Sunday, June 9, 2013

PBB tolak cadangan Rusia




PBB tolak cadangan Rusia
Asap tebal kelihatan semasa pertempuran antara
 tentera Syria dan militan tercetus berhampiran
Bukit Golan. Foto: AFP
NEW YORK - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak cadangan Rusia untuk menghantar pasukan tentera ke Bukit Golan menggantikan kumpulan pengaman Austria yang dipanggil pulang dari kawasan itu.

Kelmarin, jurucakap Jabatan Pengaman PBB, Josephine Guerrero berkata, cadangan itu tidak akan dipertimbangkan kerana Rusia ialah anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.

Sehari sebelum itu, Austria mengumumkan mereka telah memanggil pulang 377 anggota Pasukan Pemerhati Gencatan PBB (Undof) dari Bukit Golan selepas konflik tercetus antara tentera Syria dan kumpulan militan di kawasan tersebut.

Tentera rejim Presiden Bashar al-Assad dilaporkan telah menguasai persimpangan Quneitra, sempadan antara Syria dan Bukit Golan yang diduduki Israel sejak 1967.

Difahamkan, tindakan rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf negara antarabangsa kerana ia melanggar undang-undang antarabangsa, dipetik dari Press TV.

No comments:

Post a Comment