Sunday, June 9, 2013

Tiga rakyat AS ditembak mati di Afghanistan


KABUL 9 Jun - Tiga rakyat Amerika Syarikat (AS), masing-masing dua tentera dan seorang awam terbunuh hari ini berikutan serangan oleh seorang lelaki yang berpakaian tentera Afghanistan di wilayah timur Paktika.
Jurucakap Gabenor Paktika, tiga rakyat Amerika ditembak mati oleh lelaki itu selepas berlaku pertengkaran dengan tiga lagi rakyat AS turut cedera dalam serangan tersebut.
Penyerang itu kemudiannya ditembak mati tidak lama tembak menembak berlaku.
"Dua tentera AS dan seorang rakyat Amerika terbunuh hari ini selepas seorang individu yang memakai uniform askar Afghanistan melepaskan tembakan ke arah mereka," kata Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam satu kenyataan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130609/lu_03/Tiga-rakyat-AS-ditembak-mati-di-Afghanistan#ixzz2Vfq5cglY
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment