Sunday, June 9, 2013

Pemindahan hati monyet pertama

Pemindahan hati monyet pertama
Monyet menerima pemantauan rapi di hospital Xijing.
DUNIA perubatan mencipta sejarah selepas kejayaan seekor monyet menjalani pembedahan pemindahan hati daripada organ seekor babi yang diklon di Hospital Xijing di Xi’an, China.

Profesor Kefeng Dou berkata, monyet berkenaan dilaporkan stabil dan bernafas secara spontan selepas pembedahan tiga jam.

“Monyet itu kini berada dalam pemantauan. Pembedahan itu juga merupakan kejayaan besar kepada pembedahan pemindahan organ utama di dunia,” katanya. yang dipetik dari laporan MailOnline.

Pakar perubatan sebelum ini pernah membuat kajian ke atas pelbagai monyet dengan melakukan pembedahan pemindahan daripada hati babi namun kesemuanya mati sehari selepas pembedahan dilakukan.

No comments:

Post a Comment