Thursday, June 20, 2013

Taliban akui bunuh 4 askar AS



Kabul: Taliban mengaku bertanggungjawab atas serangan yang membunuh empat anggota tentera Amerika Syarikat semalam, beberapa jam selepas Washington menyatakan kesediaan berunding dengan kumpulan itu bagi menamatkan perang yang kini berusia lebih sedekad.

Serangan roket itu mengenai Bagram yang menempatkan pangkalan terbesar tentera AS di utara Kabul.


Sebelum serangan itu, Presiden AS Barack Obama mengalu-alukan pelan rundingan di Qatar dan menganggapnya langkah pertama yang penting bagi mengatasi kemelut di Afghanistan.

Bagaimanapun, Obama mengingatkan jalan itu tidak mudah ketika tentera Nato memasuki fasa terakhir pengunduran selepas 12 tahun di Afghanistan. Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata, serangan dua roket malam kelmarin dilancarkan pertubuhan itu dan mengenai sasaran ditetapkan. “Empat tentera maut dan enam lagi cedera.


“Roket itu juga menyebabkan kebakaran besar,” katanya. Taliban memutuskan hubungan dengan AS tahun lalu dan enggan berunding dengan Kabul. Kelmarin mereka menyatakan sebuah pejabat dibuka di Qatar untuk membolehkan “dialog di antara Taliban dan dunia” dijalankan.

No comments:

Post a Comment