Thursday, June 20, 2013

Tunjuk protes cara baru


Ankara: Penentangan bentuk baru yang kini merebak di seluruh Turki mendapat sokongan daripada Timbalan Perdana Menteri Turki.

Menurut Bulent Arinc, protes beratus-ratus orang yang berdiri tidak bergerak-gerak selama beberapa jam di jalanan dan kawasan lapang itu adalah aman dan “pandangan yang menarik.” “Bagaimanapun, penunjuk perasaan perlu mengelak mengganggu lalu-lintas dan tidak membahayakan kesihatan sendiri,” katanya. Kenyataan Bulent itu adalah komen pertama dibuat pegawai kerajaan Turki setakat ini.


Protes besar-besaran secara unik itu dimulakan oleh seorang penunjuk perasaan yang juga seniman, Erdem Gunduz yang berdiri kaku selama lapan jam di Medan Taksim, Istanbul, kelmarin. Pada 31 Mei lalu polis mula mengusir pejuang alam sekitar dan aktivis lain dari Medan Taksim selepas mereka berkampung di kawasan itu sejak lebih dua minggu. - AP

No comments:

Post a Comment