Mohamed Morsi
Mohamed Morsi
KAHERAH - MESIR. Sumber kehakiman mendakwa, pihak pendakwaan bakal menyoal siasat Presiden Mohamed Morsi dan puak-puaknya, Isnin ini di atas caj menghina badan kehakiman.

Antara pemimpin Ikhwan Muslimin lain yang bakal didakwa termasuklah Ketua Politik, Saad al- Katatni, Mohamed al- Beltagui, Gamal Gibril dan Taher Abdel Mohsen.

Ketua Tentera, Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penyingkiran Morsi dari jawatan presiden, Rabu lalu selepas berlaku protes besar-besaran oleh kumpulan anti-Morsi yang mahu pemimpin itu digulingkan.

Selepas penyingkiran Morsi, Ketua Mahkamah Agung Perlembagaan Negara, Adly Mansour pula bakal menjadi presiden interim negara itu.

Morsi dan pemimpin kanan lain turut diharamkan daripada disiasat dalam penglibatan jenayah mereka semasa dipenjarakan pada tahun 2011.