Friday, July 5, 2013

Negara Teluk iktiraf kerajaan baru


Dubai: Negara Teluk yang tidak sehaluan dengan Ikhwanul Muslimin Mesir semalam mengiktiraf kerajaan baru yang dipimpin tentera selepas penyingkiran Presiden Mohamed Mursi.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) antara pengkritik utama Ikhwan menyuarakan rasa puas hati dengan perkembangan di Mesir, menurut agensi berita rasmi WAM.


Qatar yang sebelum ini menjadi penyokong kuat kerajaan Mursi, turut menghantar ucapan tahniah kepada presiden sementara Mesir, Adly Mansour.

UAE mendakwa kumpulan Islam yang disokong Ikhwan berusaha menggulingkan sistem pemerintahan mereka yang disokong Barat. Di Arab Saudi, Raja Abdullah turut menghantar ucapan tahniah. - Reuters

No comments:

Post a Comment