Saturday, July 20, 2013

ElBaradei tidak dilantik



ANKARA - TURKI. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan enggan menerima panggilan telefon Timbalan Presiden sementara Mesir, Mohamed ElBaradei untuk berbincang mengenai kenyataan lantang beliau sebelum ini.

Dipetik Press TV, Erdogan bertindak begitu selepas mendakwa pemimpin liberal itu tidak dilantik tetapi hanya dipilih oleh pentadbiran yang merampas kuasa daripada Presiden Mohammed Mursi.

Kelmarin, laporan yang diterbitkan akhbar Today Zaman mendedahkan Erdogan ada menerima surat daripada ElBaradei berhubung hasrat beliau untuk berbicara dengan pemimpin tersebut.

Sejak penggulingan Mursi, 3 Julai lalu, Erdogan berterusan menyatakan sokongan beliau terhadap pemimpin itu hingga menyebabkan kerajaan sementara Mesir berasa tidak puas hati.

"Saya tetap menganggap Mursi sebagai Presiden Mesir yang sah," tegasnya.

No comments:

Post a Comment