Saturday, July 20, 2013

Pyongyang gesa bebaskan kapal

Pyongyang gesa bebaskan kapal
Senjata ditemui dalam timbunan gula di dalam kapal Korea Utara di Panama.
PYONGYANG - KOREA. Kementerian Luar Korea Utara menggesa Panama membebaskan kapal dan krew mereka selepas disita di Panama City, semalam.

Kelmarin, Panama menuduh Pyongyang melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas gagal mengisytiharkan kesemua kargo yang dibawa.

Menurut laporan Reuters, jurucakap kementerian menyangkal dakwaan tersebut dengan menyatakan kapal itu belayar di bawah perjanjian sah dengan Cuba.

“Kargo ini membawa senjata lama untuk di baik pulih mengikut kontrak sah,” katanya.

No comments:

Post a Comment