Tuesday, July 30, 2013

Kenyataan rasmi terbaru Al-Azhar melalui Syeikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Dr.Ahmad Toyyib dikeluarkan semalam khasnya selepas pembunuhan beramai-ramai awal pagi 27 Julai berhampiran Raba'ah.

Kenyataan rasmi terbaru Al-Azhar melalui Syeikh Al-Azhar, Al-Imam Al-Akbar Dr.Ahmad Toyyib dikeluarkan semalam khasnya selepas pembunuhan beramai-ramai awal pagi 27 Julai berhampiran Raba'ah.

Antara isi kandungan penting kenyataan beliau: 

-Al-Azhar mengutuk dengan keras dengan korban yang berlaku dan ia telah merosakkan segala usaha untuk mengadakan usaha damai (musolahah). 

-Al Azhar meminta kerajaan sementara ini mendedahkan segera hasil siasatan berkaitan peristiwa serta mengenakan hukuman segera kepada mereka yang bersalah.

-Al Azhar menyeru semua untuk memulakan inisiatif bagi duduk di meja dialog tanpa meminggirkan mana-mana pihak bagi keluar dari krisis ini.

-Memperingatkan hadis Nabi Sollallhu 'alaihi wasallam yang bermaksud, "Apabila bertembung dua orang muslim dengan senjata mereka, pembunuh dan yang dibunuh berada di dalam neraka."

Semoga Allah memelihara Mesir dan menjauhinya dari keburukan fitnah...

Terdapat dua persoalan yang masih belum terungkai:

1) Siapakah yang bertanggungjawab membenarkan bangunan Fakulti Pendidikan dan Fakulti Dakwah yang berada di dalam kampus Universiti Al-Azhar, Madinah Nasr dijadikan "kubu perang" bagi pasukan penembak tepat melepaskan tembakan kepada rakyat awam di hadapan Kubur Anwar Sadat pagi 27 Julai? Jika bukan Al-Azhar, perlu kenyataan rasmi dari pihak pentadbiran menafikannya bagi membersihkan nama Al-Azhar. Malangnya, tiada penjelasan lanjut tentang pencerobohan bangunan milik Al-Azhar oleh 'militia' ini.

2) Hadis Nabi SAW di perenggan akhir itu dalil yang menunjukkan "muslim yang bersenjata".

Persoalannya, "senjata" apa yang digunakan oleh penyokong Mursi di dataran Raba'ah selain hanya mengangkat mushaf Al-Quran? Hadis ini merujuk kepada "dua orang yang mempunyai senjata kedua-duanya" sedangkan rakyat di Raba'ah hanya memiliki 'senjata' keamanan.

No comments:

Post a Comment