Sunday, July 7, 2013

Muhammad Subhi al-Haddad yang syahid


Ibu pejabat Jemaah Ikhwanul Muslimin di Kafr Syeikh menyatakan bahawa Muhammad Subhi al-Haddad yang syahid terkena tembakan senjata api petang semalam di hadapan Ibu Pejabat Polis Mesir merupakan salah seorang anggota Jemaah tersebut , beliau adalah anak kelahiran Bandar Balteem, Kafr Syeikh dan menetap di Kaherah. Beliau yang berusia 34 tahun merupakan ayah kepada dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Ayah beliau seorang polis yang bertugas sebagai pemandu Presiden di Ibu pejabat Polis. Wafa Hijazi, setiausaha Parti Kebebasan dan Keadilan Rakyat (FJP) Balteem berkata: Situasi genting itu berlaku apabila salah seorang penunjuk perasaan telah menggantung gambar Presiden Muhammad Mursi pada kawat berduri yang diletakkan oleh pihak berkuasa di hadapan istana, kemudian seorang anggota polis telah bertindak mengoyakkan gambar tersebut, beliau pun menegur perbuatan polis tersebut dan berlakulah pertengkaran antara mereka, kemudian selepas beberapa ketika kami mendengar bunyi tembakan dan kami melihat beliau telah terbaring kaku di tempat beliau berada. Jenazah sekarang berada di wad kecemasan Hospital Ta’min as-Sihhi di Madinat Nasr dan menunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui sebab kematiannya. Sumber: Ikhwanonline

No comments:

Post a Comment