Tuesday, August 6, 2013

Batal ampun pencabul


Rabat: Raja Maghribi, Mohammed VI menarik balik pengampunan ke atas seorang pencabul kanak-kanak dari Sepanyol selepas protes tercetus, kali pertama pemimpin negara itu berbuat demikian.

Bagaimanapun, warga Sepanyol itu yang memperkosa 11 kanak-kanak, Daniel Galvan Fina, dipercayai sudah pulang dan tidak diketahui sama ada dia akan dihantar semula ke Maghribi.
Dalam kenyataannya, Raja Mohammed memberitahu, dia mengarahkan Menteri Kehakiman bekerjasama dengan rakan sejawatannya di Sepanyol untuk melihat sama ada pengampunan itu boleh dibatalkan. - AP 

No comments:

Post a Comment