Tuesday, August 6, 2013

Tentera AS tembak mati guru

Tentera AS tembak mati guru
Polis melakukan pemeriksaan keselamatan
 di Ghazni. Foto: EPA 
KABUL - AFGHANISTAN . Seorang guru terbunuh selepas ditembak mati tentera Amerika Syarikat (AS) di wilayah Ghazni, Afghanistan.

Pegawai keselamatan mendakwa, tentera AS sengaja melepaskan tembakan ke arah guru terbabit yang ketika itu sedang berada di kebun anggur.

“Tentera AS juga melepaskan tembakan ke arah empat anggota polis tempatan yang ketika itu tiba untuk memberikan bantuan kecemasan. Kesemua mereka kini berada dalam keadaan kritikal,” katanya dipetik dari Press TV.

Menurutnya, susulan kejadian itu, penduduk tempatan menyelar tindakan tersebut dan mendesak kerajaan supaya mengusir segera kehadiran tentera AS di wilayah tersebut.

“Orang awam mula hilang sabar apabila setiap hari pasti berlaku serangan melibatkan tentera AS dengan penduduk tempatan. Hampir sedekad, kejadian ini berulang kali berlaku,” katanya.

No comments:

Post a Comment