Monday, September 2, 2013

800 terbunuh dalam sebulan


Baghdad: Serangan dan keganasan di Iraq tidak menunjukkan tanda berkurangan, apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan sekurang-kurangnya 800 orang terbunuh dalam keganasan sepanjang bulan lalu.

Penganalisis dan diplomat berkata perangkaan baru ini walaupun lebih rendah berbanding bulan sebelumnya, mengesahkan bahawa pemberontakan masih berterusan di sebalik pelbagai langkah dan operasia keselamatan yang diambil.
Mereka menggesa kerajaan melaksanakan pembaharuan lebih meluas bagi mengurangkan kemarahan dikalangan puak Sunnah. - AFP 

No comments:

Post a Comment