Saturday, November 30, 2013

Pertemuan selepas tiga dekad


SITI AISHAH


KUALA LUMPUR - Impian keluarga Siti Aishah Abdul Wahab untuk bertemu wanita itu yang dijadikan hamba selama lebih 30 tahun di London benar-benar menjadi kenyataan apabila mereka dipertemukan di satu lokasi rahsia di negara itu kelmarin.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Seri Zakaria Sulong berkata, pertemuan dua beradik selama setengah jam antara Kamar Mautum Abdul Wahab, 79, dengan Aishah, 69, itu diaturkan oleh pihak negara tersebut.
"Ini merupakan pertemuan pertama mereka sejak Kamar Mautum tiba di London pada Isnin lalu bagi proses pengecaman adiknya.
"Selepas lebih 30 tahun terpisah, mereka mungkin akan meluahkan perasaan rindu dan sayang. Mungkin juga ada pesanan daripada ahli keluarga (di Malaysia) kepada Aishah," katanya yang dipetik menerusiBuletin Utama TV3 malam tadi.
Menurut Zakaria, pada perjumpaan itu, Kamar Mautum turut memberikan Aishah kain batik, sejadah dan telekung selain meminta wanita itu mengutus surat sekiranya masih mengingati saudara-mara di negara ini.
Beliau memberitahu, pertemuan itu merupakan satu perkembangan baik bagi keluarga Aishah yang selama ini bertungkus-lumus mencarinya di London.
"Pihak Suruhanjaya Malaysia di sini sedia memberi bantuan kepada Aishah termasuk khidmat kaunseling selepas kesnya selesai kelak," kata beliau.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2m5IqqhpI 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment