LONDON - ENGLAND.Kajian terbaru menunjukkan wanita Muslim di Britain lebih cenderung menjadi sasaran Islamophobia iaitu kebencian melampau terhadap Islam.

Menurut laporan Maybe We Are Hated, kira-kira 58 peratus mangsa diskriminasi agama antara April 2012 dan April 2013 adalah wanita.

Kira-kira 80 peratus pengadu mengemukakan aduan kepada badan penyimpan rekod serangan anti-Islam di Britain, Tell Mama juga terdiri daripada wanita bertudung.

"Kajian ini menjadi titik tolak kepada golongan wanita untuk menyuarakan pendapat berhubung sikap prejudis beberapa pihak terhadap Islam.

"Selain daripada melihat statistik kes, kita sebenarnya perlu mengenal pasti kesan negatif Islamophobia terhadap masyarakat," kata Pengarah projek Tell Mama, Fiyaz Mughal kepada PRess TV.

Difahamkan, sebanyak 1,200 serangan Islamophobia dilaporkan kepada organisasi tersebut sejak 18 bulan lalu.