Monday, December 23, 2013

Ahli keluarga Song-thaek ditahan


SEOUL 22 Dis. - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilapor telah mengarahkan sekumpulan askar untuk menahan beratus-ratus ahli keluarga bapa saudaranya, Jang Song-thaek yang dijatuhi hukuman mati pada 12 Disember lalu.
Menurut beberapa laporan, sehari selepas Song-thaek dijatuhi hukuman tersebut, anggota askar Kementerian Dalam Negeri tiba di Pyongchong, Pyongyang untuk menghimpunkan ratusan orang dan dipercayai dibawa ke kem tahanan politik.
Satu sumber memberitahu akhbar Daily NK, dipercayai ahli keluarga yang tinggal berjauhan dari Pyongyang turut terancam berikutan arahan Jong-un itu.
Malah, menurut sumber berkenaan, beberapa ahli keluarga terdekat juga telah ditangkap, termasuk ahli keluarga bapa Song-thaek.
Terdahulu, Song-thaek telah didakwa dengan 24 kesalahan antaranya menyalahguna kuasa dan cubaan untuk menggulingkan kerajaan.
Disebabkan kesalahan itu, Korea Utara menjatuhkan hukuman mati terhadap bapa saudara serta mentor Jong-un itu, sekali gus memperlihatkan keadaan politik goyah di negara itu sejak beliau dilantik.
Song-thaek merupakan suami kepada ibu saudara Jong-un yang jugak adik perempuan kepada bekas pemimpin, Kim Jong-il.
Sumber berkenaan menambah, kesalahan Song-thaek menentang parti sememangnya akan dikaitkan dengan ahli keluarganya dan hukuman berat boleh dikenakan terhadap mereka. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131223/lu_03/Ahli-keluarga-Song-thaek-ditahan#ixzz2oHr1sx9l
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment