Monday, December 23, 2013

Imam dilarang masuk Britain


23 Disember 2013


RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang imam fahaman Wahabi dilarang memasuki Britain.

Visa Sheikh Adel al-Kalbani disita pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khaled di Riyadh, Arab Saudi.

"Saya ke Britain untuk memberi ceramah tetapi Kedutaan Britain melarang saya memasuki Britain," katanya kepada Press TV.

Menurutnya, dia menerima visa Oktober lalu, selepas dua minggu permohonan.

Pada 2008, beliau dibenarkan masuk ke negara itu setelah menjadi tetamu dalam satu majlis di timur London.

No comments:

Post a Comment