Monday, December 23, 2013

Erdogan makin angkuh

Erdogan makin angkuhKumpulan anti kerajaan mendesak Erdogan meletak jawatan.
23 Disember
2013 ANKARA - TURKI. Media Turki menyifatkan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan semakin angkuh kerana tidak mahu berkongsi kuasa.

Editor Hurriyet News Barcin Yinance berkata, sikap pemimpin yang memenangi pilihan raya sejak 2000 itu makin berubah.

“Kelantangannya membuatkan menteri lain gagal berkomunikasi secara terbuka. Perkara ini menyebabkan kepincangan dan rasuah. Kebebasan media juga terbatas sejak ramai wartawan ditahan atas tuduhan merancang untuk menggulingkan kerajaan.

Sejak minggu lalu, Erdogan menjadi sasaran cemuhan apabila terdapat segelintir pihak cuba untuk menggulingkannya.

Sementara itu menurut laporan Press TV,  seorang ketua polis dari unit anti rasuah ditemui mati dipercayai membunuh diri.

Insiden itu berlaku selepas beberapa pegawai polis dipecat berhubung skandal rasuah.

No comments:

Post a Comment