Monday, December 2, 2013

Nahdatul Ulama kritik kempen kondom percuma


Jakarta: Nahdatul Ulama mengkritik kempen Kondom Nasional yang dianjurkan kementerian kesihatan, Suruhanjaya Perlindungan Aids Nasional dan sebuah syarikat pengeluar kondom di negara itu.

Kritikan itu dibuat kerana ia membabitkan pemberian kondom percuma kepada orang ramai. Timbalan Setiausaha Agung Nahdatul Ulama, Muhammad Sulton Fatoni berkata, fungsi kondom untuk melindungi masyarakat daripada AIDS dan HIV bertujuan baik tetapi pada hakikatnya berunsur negatif dari segi ajaran Islam.


Disebabkan itu, pihaknya menyeru umat Islam agar tidak menyokong kempen terbabit. “Kegiatan itu jelas bertentangan dengan ajaran agama,” katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment