Monday, December 2, 2013

Penduduk Bangkok diarah tidak keluar rumah


BANGKOK 2 Nov. - Kerajaan Thailand semalam mengeluarkan perintah berkurung ke atas penduduk di sini, bermula dari pukul 10 malam sehingga 5 pagi.
``Dari pukul 10 malam sehingga 5 pagi, jika tiada keperluan, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam rumah kerana bimbang mereka akan menjadi mangsa kepada penunjuk perasaan,’’ kata Timbalan Perdana Menteri, Pracha Promnok melalui satu siaran televisyen.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan kawasan yang tertakluk di bawah arahan tersebut. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131202/lu_01/Penduduk-Bangkok-diarah-tidak-keluar-rumah#ixzz2mHB5cG00
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment