Wednesday, March 19, 2014

ISA ganti darurat


Darurat itu akan batalkan secara rasmi hari ini selepas Kabinet Yingluck Shinawatra bermesyuarat di wilayah Nakhon Pathom semalam.

Yingluck tiba menggunakan kerusi roda selepas dia tergelincir ketika keluar dari keretanya di Chiang Mai Sabtu lalu. Bercakap kepada media, Yingluck berkata, Kabinet menarik balik perintah darurat untuk memulihkan keyakinan sektor swasta dan industri pelancongan. “Sebagai ganti kerajaan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) yang menyediakan peruntukan undang-undang kurang keras,” katanya.
Namun ISA masih membenarkan kerajaan melaksanakan perintah berkurung, mengendalikan pos keselamatan dan mengehadkan pergerakan penunjuk perasaan jika perlu. Darurat dikuatkuasakan di Bangkok - serta beberapa daerah berhampirannya - sebagai langkah kerajaan mengekang kebangkitan rakyat propembangkang. - Reuters
Foto
PENJAJA cenderahati menunggu pelancong di pintu masuk Istana Besar di Bangkok, semalam. Agensi pelancongan Thailand mendakwa negara itu kerugian AS$2.7 bilion (RM8.8 bilion) akibat protes berlanjutan kumpulan antikerajaan.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/03/19

No comments:

Post a Comment