Wednesday, March 19, 2014

UAE hantar dua pesawat cari MH370


DUBAI - Tentera Emiriyah Arab Bersatu (UAE) akan menyertai misi antarabangsa mencari sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Satu sumber di pejabat jeneral tentera UAE memberitahu, dua pesawat mencari dan menyelamat akan dihantar bagi mengesan pesawat yang membawa 239 penumpang serta anak kapal tersebut.
Sehingga kini sekurang- kurangnya 26 negara terlibat dalam usaha mencari pesawat tersebut yang disyaki terbang melalui koridor utara dan selatan.
Bagaimanapun, sumber itu tidak memberitahu kawasan di mana pesawat tentera UAE tersebut ditugaskan.
Pesawat MH370 itu hilang sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0319&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2wLwbEBO7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment