Thursday, March 6, 2014

Mahkamah tangguh keputusan permohonan rayuan Gereja Katolik

UMAT Islam mengaminkan doa solat hajat di depan Istana Kehakiman sebaik mahkamah menangguhkan keputusan berhubung penggunaan kalimah Allah oleh The Herald semalam.


PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini semalam menangguhkan keputusan berhubung permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan, The Herald daripada menggunakan kalimah Allah, dalam versi bahasa Malaysia terbitannya.
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mempengerusikan panel tujuh hakim berkata, mahkamah menangguhkan keputusannya sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
Terdahulu, panel itu mendengar penghujahan daripada peguam yang mewakili gereja itu, enam majlis agama Islam negeri dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), di samping penghujahan daripada peguam kanan persekutuan mewakili Kementerian Dalam Negeri (KDN). Enam negeri itu ialah Terengganu, Kedah, Johor, Melaka, Wilayah Persekutuan dan Selangor.
Turut bersidang dalam panel itu bersama Arifin ialah Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali serta Datuk Jeffrey Tan Kok Wha.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0306&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2v8QtpVSY 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment