Friday, May 23, 2014

Shebab lebar perang Somalia ke Kenya



Mogadishu: Kumpulan Shebab yang dikaitkan dengan al-Qaeda semalam berikrar membawa ‘perjuangan’ mereka ke Kenya dalam pengumuman dibuat pemimpin kanan yang turut menggesa pejuangnya bangkit menentang Nairobi.

Tentera Kenya kini bertempur dengan pasukan keselamatan kerajaan di Somalia menghadapi militan seperti Shehab.


Kumpulan terbabit dikenali dengan taktik melancarkan serangan bom dan pembunuhan bagi membalas dendam.

Ancaman terbaru Shebab ini bagaimanapun menimbulkan ketakutan baru bahawa lebih banyak serangan dirancang dilakukan di Kenya.


Pegawai kanan Shebab, Fuad Mohamed Khalaf berkata, peperangan mereka akan dibawa ke Kenya.


“Jika tentera Kenya membunuh seorang budak perempuan Somali, kami akan membunuh seorang anak perempuan di Kenya.

“Kami menggesa semua Muslim di Kenya bangkit melawan kerajaan dari dalam negara. Mereka membunuh orang kita termasuk kanak-kanak.

“Apabila askar dan kapal terbang tentera Kenya membunuh warga Somalia, Tuhan mengizinkan anda membalasnya. Kami akan memerangi orang Kenya dan membunuh mereka yang berada di negara kami. Somalia akan menjadi tempat mereka bersemadi,” katanya.

Amerika Syarikat (AS) menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM16 juta) untuk penangkapan Fuad. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : 2014/05/23

No comments:

Post a Comment