Saturday, June 21, 2014

Lokasi cari MH370 berpindah 800km


REUTERS
ENAM kru kapal tentera laut Australia, Ocean Shield menurunkan kapal selam Bluefin-21 untuk membantu pencarian Penerbangan MH370 di Lautan Hindi pada 14 April lalu.


SYDNEY - Pencarian Penerbangan Malaysia MH370 akan berubah ke kawasan sejauh beberapa ratus kilometer di selatan lokasi pencarian sebelum ini berdasarkan analisis baharu laluan pesawat tersebut, menurut satu laporan semalam.
Akhbar West Australian melaporkan, pasukan penyiasat yang berusaha merungkai misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER itu dijangka meneroka kawasan berkeluasan 1,800 kilometer ke barat bandar raya Perth apabila operasi mencari bawah laut disambung semula Ogos depan.
Sebelum ini, lokasi sama terhad kepada pencarian dari udara.
Memetik sumber Amerika Syarikat yang tidak didedahkan, West Australian melaporkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) akan mengumumkan lokasi baharu itu terletak 800 kilometer (km) ke selatan zon pencarian sebelum ini.
"Sumber-sumber mendedahkan bahawa kapal peninjau Fugro Equator sudah beroperasi di zon tersebut dan akan disertai kapal China, Zhu Kezhen tidak lama lagi," menurut laporan tersebut.
Dua buah kapal itu akan meninjau lokasi baharu itu yang memiliki kedalaman hingga 6,000 meter sebelum pencarian dasar aut dimulakan.
Sebelum ini, pencarian MH370 melibatkan operasi besar-besaran di udara dan laut gagal menemui bangkai atau serpihan pesawat itu.
Boeing777-200 tersebut bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz35E8aHPd8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment