Saturday, July 5, 2014

Akhbar NZ puji tindakan Malaysia


WELLINGTON 4 Julai - Akhbar terkemuka negara ini, The New Zealand Herald mengkritik Kementerian Luar Negara ini berhubung salah urus kes pecah rumah dan serangan seksual ke atas seorang wanita oleh seorang diplomat Ma­laysia.
Pengarah Politik akh­bar itu, Audrey Young dalam kolumnya sebaliknya me­muji Malaysia berhubung keputusan negara itu untuk menghantar balik diplomat itu, Mu­hammad Rizalman Ismail ke New Zealand untuk didakwa di negara ini.
Beliau berkata, imej Malaysia di negara ini sejak beberapa hari lalu tercalar apabila Kuala Lumpur diperca­yai membawa pulang diplomat tersebut dan tidak mempedulikan permohonan New Zealand untuk membatalkan kekebalan diplomatik Muhammad Rizalman.
"Bagaimanapun, kesalahan se­be­nar terletak pada pegawai divisyen protokol Kementerian Hal Ehwal Luar New Zealand yang menyebabkan pegawai Malaysia percaya negara ini tidak membantah tindakan Malaysia untuk membawa pulang diplomat ter­­sebut.
"Malaysia membuat keputusan ter­sebut se­­le­pas berlaku salah faham dalam komunikasi,’’ katanya.
Young berkata, Ma­laysia selepas dimak­lumkan ten­tang per­kara itu membuat ke­pu­tusan untuk menghantar balik Muhammad Rizalman ke New Zealand untuk didakwa di negara ini.
Beliau berkata, hu­bu­ngan dua hala antara kedua-dua negara tetap tidak terjejas jika Malaysia membuat keputusan tidak mahu menghantar balik Muhammad Rizalman ke New Zealand, kerana apa yang berlaku adalah kesalahan New Zealand.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140705/lu_07/Akhbar-NZ-puji-tindakan-Malaysia#ixzz36XZrKCUg
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment