Saturday, July 12, 2014

Masalah ekonomi Britain makin sukar

Masalah ekonomi Britain makin sukar
KAKITANGAN awam yang menganggotai Kesatuan Perkhidmatan Awam dan Komersial berdiri di luar bangunan Parlimen di tengah London, semalam ketika melancarkan mogok membantah rancangan penjimatan kerajaan. - Foto REUTERS
 London: Britain berdepan kemelesetan ekonomi sejak 2009 berikutan krisis kewangan global yang memberi impak secara berterusan hingga memaksa negara itu memperkenalkan program penjimatan.

Ramalan keadaan ini pernah dilaporkan Institut Kajian Ekonomi dan Sosial Kebangsaan (NIESR) pada tahun 2012 yang mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menguncup 0.1 peratus pada ketika itu kerana krisis euro yang belum selesai menjejaskan prospek eksport dan keyakinan perniagaan.

Ramalan itu ternyata benar apabila lebih satu juta kakitangan sektor awam melancarkan mogok di Britain semalam selepas mereka tidak berpuas hati dengan pelaksanaan program penjimatan kerajaan yang melakukan pemotongan gaji dan perbelanjaan, lapor kesatuan sekerja semalam.
Mogok terbesar

Mogok itu dikatakan yang terbesarsejak kerajaan campuran Perdana Menteri, David Cameron mengambil alih kuasa pada tahun 2010. Ia disertai pelbagai lapisan pekerja terdiri daripada guru, kakitangan awam, tukang sapu jalan dan penyelia taman.

No comments:

Post a Comment