Saturday, July 12, 2014

Pakai kostum seram untuk tarik pengundi


PETUGAS pusat pengundian 43 di Surabaya menampilkan keunikan tersendiri dengan memakai kostum seram untuk menarik minat pengundi.
SURABAYA - Petugas Pusat Pengundian 43 (TPS 43) di daerah Krembangan di sini menampilkan keunikan tersendiri untuk menarik minat pengundi menunaikan tanggungjawab mereka dalam Pemilihan Umum Presiden (Pilpres) yang berlangsung, baru-baru ini apabila memilih tema seram sepanjang undian dijalankan.
Kesemua tujuh petugas terbabit memakai kostum hantu dan memberi nama pusat pengundian tersebut sebagai Penjara Setan (Syaitan), sekali gus menjadi tumpuan ramai orang yang datang mengundi.
Ketua TPS 43, Sudjono berkata, dia mendapat idea itu kerana pemilihan kali ini berlangsung pada bulan suci Ramadan yang menyaksikan syaitan dirantai untuk membolehkan umat Islam menjalani ibadah puasa tanpa gangguan.
Jelasnya, dengan berbuat demikian, dia dapati ramai pengundi hadir ke sini untuk membuang undi dan melihat keunikan yang ditampilkan oleh semua petugas.
Tambahnya, terdapat seramai 320 pengundi berdaftar di kawasan tersebut dan hampir setengah daripada jumlah itu telah menunaikan kewajipan sebelum pukul 1 petang.
"Kami memakai kostum hantu pocong, syaitan, puntianak dan macam-macam lagi, selain mengubah pusat mengundi menjadi satu lokasi yang kelihatan menyeramkan.
"Malah kanak-kanak juga berasa seronok melihat aksi kami menjalankan tugas dengan berpakaian seram itu," katanya kepada viva.co.id.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140712/lu_11/Pakai-kostum-seram-untuk-tarik-pengundi#ixzz37Ccw8Ta1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment