Thursday, July 31, 2014

Tentera Ukraine tawan kubu pemisah


2014/07/31 - 06:03:38
Kiev: Tentera Ukraine semalam berkata ia berjaya menawan kembali kubu kuat pemisah di pinggir Donetsk dan memintas konvoi kenderaan dari Russia.

Dalam satu kenyataan, tentera kerajaan berkata pihaknya menawan Avdiyivka, pekan dengan 40,000 penduduk di utara Donetsk, ketika Kiev mengukuhkan cengkamannya terhadap kubu penting pemberontak itu.


Pertempuran berlaku di kawasan lokasi pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas selepas terkena tembakan.

“Kami melakukan pembersihan di pekan Ilovaysk, kira-kira 40 kilometer ke bahagian barat lokasi MH17 terhempas,” kata satu kenyataan tentera.

Perkembangan terbaru itu berlaku, ketika tentera kerajaan cuba mara dan melancarkan serangan menyaksikan beberapa pekan penting ditawan beberapa minggu lalu.

Mereka dijangka memutuskan laluan bekalan pemberontak dari Russia ke Donetsk. 

No comments:

Post a Comment