• MH17

KIEV - UKRAINE. Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh termasuk 10 tentera Ukraine apabila sebuah pertempuran tercetus berdekatan tapak lokasi kemalangan MH17, semalam.

Mengesahkan kejadian, jurucakap Ketenteraan Ukraine, Oleksiv Dmytrashkivsky berkata, kumpulan tentera tesebut telah diserang hendap oleh sekumpulan pemberontak.

Beliau berkata, serangan tersebut tercetus kira-kira 15 batu dari lokasi kemalangan pesawat MH17 dilaporkan terhempas.

“Secara keseluruhan, kami telah dapat mengenalpasti dan menjumlahkan sebanyak 14 kematian setakat ini, 10 mayat telah dikenalpasti sebagai tentera Ukraine manakala empat lagi masih dalam proses pengecaman,” katanya dipetik dipetik sebuah portal hari ini.

Sebelum ini, tentera Ukraine berhadapan serangan hendap yang sama oleh kumpulan pemberontak terbabit.

Menurut Dmytrashkivsky lagi, serangan tersebut dicetuskan oleh kumpulan terbabit untuk melengahkan dan menjejaskan siasatan ke atas kemalangan MH17 di lokasi tersebut.