Sunday, August 3, 2014

Beraya dalam ‘kurungan’

Beraya dalam ‘kurungan’Polis berkawal ketika umat Islam di Saharanpur menunaikan solat Aidilfitri di kawasan yang ditetapkan.


Sebahagian besar daripada Saharanpur di barat Uttar Pradesh kekal di bawah perintah berkurung walaupun umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri, dengan alasan pemerintah masih tidak yakin untuk menarik balik perintah itu dari seluruh bandar.

Sekalipun perintah berkurung ditarik balik di kawasan bandar lama antara jam 7 pagi hingga 11 pagi, umat Islam tetap tidak dibenarkan menunaikan solat Aidilfitri di kawasan terbuka yang terdedah kepada pandangan orang lain.

Sembahyang di masjid berdekatan Pemerintah mengarahkan agar umat Islam menunaikan sembahyang Aidilfitri di masjid berdekatan kediaman masing-masing. Perintah berkurung ditarik balik di kawasan bandar baru sekitar jam 3 petang hingga 7 malam.

Bagaimanapun umat Islam tidak dapat menziarahi sanak-saudara mahupun rakan taulan di kawasan bandar lama yang masih dalam pemerhatian pihak polis.

Majistret Daerah, Sandhya Tiwari berkata, perintah berkurung dilonggarkan dalam dua fasa bagi memudahkan umat Islam menunaikan sembahyang.

“Perintah ini dilonggarkan juga untuk memudahkan umat Islam saling menziarahi antara satu sama lain sempena Hari Raya Aidilfitri. Tiada kejadian tidak diingini dilaporkan di mana-mana daerah dalam tempoh 24 jam.

Penduduk tempatan yang bekerja di Wilayah Persekutuan, Haryana dan Himachal Pradesh tidak dapat menyambut Hari Rayabersama keluarga mereka kerana semua jalan ke Saharanpur terus ditutup untuk menghalang kemasukan orang luar.

No comments:

Post a Comment