Sunday, August 3, 2014

Cadang bas, teksi dikecuali bayar tol



KENDERAAN yang melalui plaza tol di CIQ Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mencadangkan agar perkhidmatan teksi dan bas dikecualikan daripada membayar tol di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di sini.
Beliau berkata, ia bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik dari Johor Bahru ke Singapura selain mengurangkan kesesakan akibat kemasukan kenderaan persendirian dari kedua-dua arah Tambak Johor.
"Saya melihat pelaksanaan tol dan kadarnya bukan merupakan satu masalah tetapi pengguna perlu diberi perkhidmatan dan penyelesaian alternatif yang perlu diteliti. Perlu diperkasa dari segi perkhidmatan pengangkutan awam," katanya di sini semalam.
Beliau diminta mengulas tindakan sekumpulan 200 pemandu bas kilang bertindak melancarkan mogok di CIQ Bangunan Sultan Iskandar di sini bagi membantah kenaikan kadar tol dan caj permit kenderaan asing (VEP) terhadap kenderaan dari Singapura.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0803&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz39ItYkIhy 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment