Tuesday, August 26, 2014

Presiden Ukraine bubar Parlimen

SELASA, 26 OGOS 2014 @ 8:47 AM

PRESIDEN Ukraine, Petro Poroshenko.
 
KIEV: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko hari ini membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum awal pada Oktober ini ketika negara itu terus berdepan dengan penentangan daripada kumpulan pro-Russia di wilayah timurnya.

Dalam satu kenyataan menerusi laman webnya, Poroshenko berkata pilihan raya awal itu akan diadakan pada 26 Oktober depan.

Poroshenko berkata, pembubaran itu susulan perpecahan dalam parti majoriti kerajaan bulan lalu serta bagi membolehkan 'pembersihan' dalam Parlimen.

Kebanyakan anggota Parlimen adalah mereka yang menyokong kumpulan pemisah yang berperang dengan tentera kerajaan di timur negara itu sejak April lalu. - AP

No comments:

Post a Comment