Tuesday, August 26, 2014

Tawar Azmin sertai PAS, Malaysian Insider bertujuan jahat


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri menafikan laporan portal berita The Malaysian Insider hari ini.

Beliau merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider(TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya “Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat”.

Menurutnya, berita itu bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.

Katanya, beliau yang juga turut hadir semasa Mohamed Azmin Ali mengunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Beliau ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin Ali  kepada Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau (Azmin) sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat.

"Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa.

"Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka," tegasnya dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY 26/8/2014

No comments:

Post a Comment