Friday, September 12, 2014

Pemberontak Ukraine cemburu referendum Scotland



BEBERAPA poster prokemerdekaan dilekatkan pada tingkap sebuah hartanah di bandar Selkirk, Scotland semalam.


KIEV - "Kenapa England tidak mengebom sahaja puak pemisah di Scotland," soal seorang penyokong pemberontak pro-Rusia di Ukraine dalam satu komen di laman jaringan sosial Twitter.
Sejak kebelakangan ini, puak pemberontak pro-Rusia dan penyokong mereka di timur Ukraine kerap menggunakan media sosial untuk memperlekeh pungutan suara yang bakal diadakan di Scotland pada 18 September ini.
Referendum tersebut akan menentukan masa depan Scotland sama ada merdeka atau kekal bersama UK seperti sejak 300 tahun dahulu.
"Saya sanggup pergi untuk membantu mereka mengadakan referendum itu," kata seorang pemimpin pemberontak di Ukraine, Boris LitvinovI.
Selain komen tersebut, pemberontak pro-Rusia turut menyiarkan montaj menunjukkan ketua negara UK, Ratu Elizabeth II meminta Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama supaya menghalang kemerdekaan Scotland.
"Obama, penduduk Scotland mahu berpisah, Tolong halanginya. Tuduh mereka mempunyai sebuah pentadbiran yang jahat dan kejam," kata ratu berkenaan dalam montaj tersebut.
Mengulas situasi di Scotland, beberapa pemimpin pemberontak pro-Rusia berkata, jika dunia mengiktiraf referendum di negeri UK itu, dunia juga perlu mengiktiraf aspirasi rakyat Crimea yang memilih untuk berpisah daripada Ukraine dalam pungutan suara pada Mac lalu.
Gerakan kemerdekaan di Scotland bagaimanapun berlaku secara aman sekali gus berbeza dengan perjuangan berdarah di Ukraine.
Sekurang-kurangnya, 2,700 orang maut sejak tentera Ukraine melancarkan serangan besar-besaran bagi mematahkan perjuangan militia pemisah di timur Ukraine pada pertengahan April lalu. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0912&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3D3Eafa8O 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment