Wednesday, October 1, 2014

Akhirnya hajat Washington tercapai


Kabul: Kerajaan baru Afghanistan menandatangani perjanjian keselamatan dengan Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkan anggota tenteranya terus berada di situ selepas 2014.

Perjanjian yang sudah lama tertangguh itu ditandatangani penasihat keselamatan kebangsaan barunya, Hanif Atmar manakala duta AS ke Kabul Jim Cunningham bagi pihak Washington.


Jurucakap Presiden Ashraf Ghani Ahmadzai, Daoud Sultanzoy semalam berkata: “Persetujuan menandatangani perjanjian keselamatan dua hala ini membuktikan presiden kami memegang janjinya untuk menandatangani perjanjian berkenaan sehari selepas pelantikannya.”
Mantan presiden, Hamid Karzai enggan menandatangani perjanjian keselamatan dua hala itu, mengakibatkan hubungan agak tegang antara dua negara terbabit.
Kebanyakan tentera NATO dijadualkan berundur tahun ini.
Jumlah keseluruhan tentera di misi yang diketuai AS itu pada permulaan tahun depan dijangka seramai 12,500 orang. Selebihnya anggota tentera dari negara sekutu seperti Jerman dan Itali.

Di samping itu, perjanjian berkenaan membolehkan beberapa anggota pasukan khas negara luar terus tinggal di situ bagi melakukan “operasi melawan keganasan” selain menyokong serta melatih pasukan tentera Afghanistan.

Anggota tentera AS akan dikurangkan sehingga separuh menjelang hujung 2015 sebelum akan ditarik balik sepenuhnya pada akhir 2016. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/01

No comments:

Post a Comment