Angelina Jolie
Jolie yang tampil bersama suaminya, Brad Pitt di Sydney, Australia pada tayangan perdana filem terbaharunya, Unbroken berkata, dia melihat masa depannya berada dalam dunia arahan filem.
“Saya akan berlakon beberapa filem lagi, namun saya rasa saya lebih gemar mengarah,’’ kata pelakon berusia 39 tahun itu kepada Sydney Morning Herald, hari ini.
Unbroken yang merupakan filem epik Perang Dunia Kedua dan menjalani penggambaran di Australia, merupakan buah tangan kedua Jolie selepas mengarahkan filem In the Land of Blood and Honey pada 2011.
Jolie yang telah berlakon sejak kecil berkata, tindakannya memilih untuk berada di belakang tabir tidak bermakna dia beranggapan untuk melupakan dunia lakonan.
“Saya suka berlakon. Saya suka melihat kerja-kerja lakonan dan sudah tiba masanya saya me­ngetengahkan bakat orang lain pula,” katanya. – AFP