Friday, November 14, 2014

Banjir kilat: MP BN berang, dakwa Pusat 'kong kali kong'


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bintulu Tiong King Sing hari ini berang dengan sikap Kerajaan Pusat yang masih tidak meluluskan peruntukan bagi mengatasi masalah banjir kilat di Sarawak khususnya di kawasan beliau.

Beliau yang kecewa dengan perkara itu berkata, sudah berapa kali membangkitkannya, namun sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan.

Menurut ahli parlimen itu, beliau tidak tahan lagi dimaki oleh rakyat yang kecewa dengan sikap kerajaan BN yang gagal menyelesaikan masalah itu.

Katanya, semalam sahaja beliau dua kali dihubungi oleh seorang wanita, dan memakinya kerana marah dengan kejadian banjir kilat yang berlaku.

Sedangkan kata beliau, kejadian banjir kilat di Bintulu katanya boleh dielak jika kerajaan pusat meluluskan peruntukan bagi mendalamkan Sungai Sebiew.

"Sebelum pilihan raya janji, bila sudah pilihan raya tak buat..ini sengaja bagi modal kepada pembangkang.

"Memang ini kong kali kong punya," katanya ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau dalam pada itu turut membidas sikap kerajaan yang dilihat lebih gemar memberi pampasan kepada mangsa banjir berbanding menyelesaikan punca kepada masalah itu.

"Bila banjir, kena bayar pampasan lagi. Bukan mereka terima kasih, lagi maki sama kita.

"Bagi RM500, RM1,000...boleh belia apa, seluar dalam saja.

"Kalau menteri tak jawab baik-baik, kali ini perang punya," katanya. -HARAKAHDAILY 13/11/2014

No comments:

Post a Comment