Friday, November 14, 2014

MUI tolak cadangan hapus maklumat agama pada KTP


Jakarta: Majlis Ulama Indonesia (MUI) menolak cadangan menghapuskan maklumat agama pada Kad Tanda Penduduk (KTP) kerana menganggap ia penting untuk kehidupan berbangsa dan bernegara.
Ketua Bahagian Ukhuwah Islamiah MUI, KH Umar Shihab berkata, badan itu membantah cadangan mengiktiraf sebarang agama lain di luar ketetapan perlembagaan.
Kata Umar, Undang-undang Nombor 24/2013 menyatakan hanya Islam, Kristian, Hindu, Buddha dan Khong Hu Cu.
Khong Hu Cu adalah istilah yang muncul kesan daripada keadaan politik di Indonesia.
Makna sebenar agama itu masih kabur, tetapi hakikatnya ia adalah ajaran konfusianisme sebagai falsafah.
“Gagasan menghapuskan atau menambah agama lain pada KTP berpotensi merugikan bangsa dan negara kerana boleh menimbulkan polemik,” katanya.
Timbalan Ketua Umum MUI, KH Ma’ruf Amin pula berkata, maklumat agama pada KTP adalah satu daripada identiti peribadi yang dilindungi perlembagaan.
“Jika seseorang itu menganut agama lain daripada enam agama diakui di Indonesia, maka maklumat mengenainya pada KTP boleh dibiarkan kosong,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8925#sthash.QzWNMBfh.dpuf

No comments:

Post a Comment